Pada 1 Februari 2011 telah dijalankan Hari Bakat Tingkatan 1 setelah selesai menjalani aktiviti suaikenal di Kolej Tunku Kurshiah. Semoga mereka dapat menyesuaikan diri di TKC.
]]>
Sekolah bermula pada 3 Januari 2011, tetapi pelajar mula datang ke asrama pada 2 Januari dengan penuh semangat azam baru untuk berjaya dengan cemerlang pada tahun ini.
]]>
Hari Keluarga Kolej Tunku Kurshiah telah dijalankan pada 8 hingga 9 Mei 2010 di d’Village Resort, Melaka.
Berbagai aktiviti telah dijalankan iaitu ‘Treasure hunt’, River cruise’, ‘Musical chair’ dan lain-lain lagi.
Tujuan aktiviti ini ialah untuk mengeratkan hubungan hubungan siratulrahim di antara guru-guru dan ahli keluarga.
Pelancaran Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah dilancarkan oleh Pn. Pengetua KTK pada 29 Mac 2010. Berbagai aktiviti dijalankan sepanjang Minggu PSS.
]]>
Majlis Anugerah Cemerlang telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar N.Sembilan. Pelajar cemerlang SPM &PMR 2009 dan pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 telah diberikan hadiah dan siji penghargaan.
]]>
Majlis Pelancaran Permata Pintar Oleh Y.A.Bhg Dato’ Seri Rosmah Mansor di Kolej Tunku Kurshiah pada 5 Mac 2010.
Turut hadir ialah Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan, Naib Canselor UKM, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan ramai lagi. Tujuan Program Pertama Pintar ialah untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas dan menjana pembentukan budaya ilmu baru dan cinta terhadap ilmu.
Kejohanan Olahraga Kali Ke 48 Kolej Tunku Kurshiah, dimulakan dengan acara perbarisan rumah Tun Fatimah, Selendang Delima, Siti Zawiah dan Mahsuri. Johan Keseluruhan dimenangi oleh Rumah Siti Zawiah dan Johan Perbarisan dimenangi oleh Rumah Mahsuri.
]]>
Kolej Tunku Kurshiah bersyukur kerana telah dianugerahkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (High Performance School) oleh Menteri Pelajaran Malaysia. Kejayaan ini adalah sebagai pengiktifan kepada kecemerlangan kolej dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
]]>
Pelajar baru Tingkatan 1 mendaftar untuk belajar di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban.
Mereka akan dibimbing oleh kakak angkat untuk menyesuaikan diri dengan suasana di kolej.