Future Classroom

Breadcrumbs


Language Translator



Login Form

Visitors Counter


442007
TodayToday100
YesterdayYesterday258
This_WeekThis_Week800
This_MonthThis_Month4335
All_DaysAll_Days442007
Highest 11-25-2016 : 885
Statistik created: 2017-10-18T11:34:15+08:00
54.156.67.122
US
UNITED STATES
US
Logged In Users 0
Guests 24
Registered Users 135
Registered Today 0
Now Online
-
Registered Today
-

This page uses the IP-to-Country Database provided by WebHosting.Info (http://www.webhosting.info), available from http://ip-to-country.webhosting.info


TKC perintis 'kelas masa depan'


Idris Jusoh bersama Che Kamaliah Endud (dua dari kanan) beramah-mesra dengan pelajar-pelajar pada majlis pelancaran Future Classroom di Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek, Seremban.

SEREMBAN 17 Jun - Kolej Tunku Kurshiah (TKC) menjadi perintis dalam pelaksanaan 'kelas masa depan' yang menawarkan pengajaran dan pembelajaran secara maya melalui penggunaan perkakas serta sistem teknologi maklumat (ICT).

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kementeriannya amat mengalu-alukan inisiatif berkenaan yang dilihat menjadi pengubah cara dalam sistem pendidikan dan pembelajaran pelajar berasaskan teknologi.

"Inisiatif ini bakal menyaksikan guru menjadi pembimbing pelajar kerana guru bukan lagi datang untuk mengajar.

"Ini kerana subjek telah dimuat naik melalui aplikasi Total Knowledge Cloud yang membolehkan pelajar mempelajari subjek tertentu di rumah mahupun asrama dan semasa di kelas guru hanya membimbing mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar majlis Pelancaran Future Classroom di TKC, Bandar Enstek, Nilai dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengetua Cemerlang TKC, Che Kamaliah Endud.

Ditanya mengenai pelaksanaan kaedah itu di sekolah lain, Idris memberitahu, pihaknya amat menggalakkan usaha tersebut namun ia memerlukan kerjasama semua pihak berikutan perbelanjaan yang tinggi.

"Kita menyokong penuh inisiatif ini, namun ia boleh dilaksanakan sekiranya mendapat kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk swasta untuk merealisasikannya.

"Mereka ini mungkin boleh bersama-sama membantu dalam soal kewangan dan ini merupakan tanggungjawab bersama ke arah memajukan sektor pendidikan," katanya.

Sementara itu, Che Kamaliah memberitahu, kelas masa depan itu telah dimulakan sejak Februari lalu melibatkan pengajaran serta pembelajaran bagi pelajar tingkatan satu dan dua di kolej berkenaan.

"Kaedah ini berupaya menjadikan guru sebagai pengawal bahan pembelajaran, di mana guru akan memilih bahan bersesuaian untuk diajar menggunakan aplikasi TKC dengan menarik, interaktif dan berkesan.

"Lebih menarik, kaedah ini menyediakan akses pendidikan moden, sehingga kehadiran pelajar turut boleh diakses pada hujung jari kerana setiap pelajar akan diberi tablet Apple iPhone ketika menghadiri kelas," katanya.

Tambah beliau, pemberian kerja rumah juga akan dimuat naik sebelum pelajar menghantar semula untuk semakan kepada guru menggunakan e-mel.


© Utusan Melayu (M) Bhd